![]() |
23000 DUNGUN, TERENGGANU Tel; 09-8481395 E-Mail; skkualadungun@hotmail.com |
[laman utama][kata
aluan Guru Besar][wawasan sekolah][misi
sekolah][piagam sekolah]
[sejarah sekolah][lagu
sekolah][senarai Guru Besar][kakitangan
sekolah][takwin persekolahan]
[takwin sekolah][Kurikulum][Hal
Ehwal Murid][Ko-kurikulum][PIBG][Album
sekolah]
Kata Alu-aluan Guru Besar
Assalamualaikum WMWB dan Selamat Sejahtera.
Memperkasa akal budi adalah misi Jabatan Pendidikan Terengganu masa kini. Ini bermakna apa yang penting ada pada kita semua sebagai pendidik adalah menghayati konsep Memperkasakan Akal Budi seterusnya berusaha supaya Matlamat Falsafah Pendidikan Negara melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual dapat dicapai.
Yang Berbahagia Tuan Pengarah Pendidikan Terengganu telah menyarankan kepada kita semua untuk memperkasakan (memaksimakan) potensi yang ada pada diri kita seterusnya memperkasakan potensi anak-anak didik kita. Kita diminta terus berusaha tanpa jemu dan tanpa putus asa agar memiliki kejelasan Intelek dan ketinggian budi pekerti.
Seterusnya kita diminta mengamalkan sifat-sifat seorang manusia yang berkualiti dan cemerlang iaitu mengamalkan ajaran dan tuntutan agama, mampu menolak sebarang ajakan negatif dan pengaruh gejala sosial dan berbudi kepada bangsa dan negara. Semoga dengan ini kita dapat memberi sumbangan kepada kemakmuran, kesejahteraan dan pembangunan negara
Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita mengembelingkan usaha dengan bersatu membina kekuatan untuk melahirkan warga SKKD yang cemerlang.
Akhir kata marilah sama-sama kita jadikan pedoman hadis berikut:-
"Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia maka terputuslah amalannya melainkan dalam tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh".
Sekian, semoga usaha-usaha kita
diberkati Allah jua.
Saya yang menurut perintah,
....................................................
(Hjh. Rosmah Binti Mohd Salleh)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kuala
Dungun
23000 Dungun, Terengganu.
Tarikh: 2 Disember 2001.
[laman utama][kata
aluan Guru Besar][wawasan sekolah][misi
sekolah][piagam sekolah]
[sejarah sekolah][lagu
sekolah][senarai Guru Besar][kakitangan
sekolah][takwin persekolahan]
[takwin sekolah][Kurikulum][Hal
Ehwal Murid][Ko-kurikulum][PIBG][Album
sekolah]