SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA DUNGUN
23000 DUNGUN, TERENGGANU
Tel: 09-8481395                      E-Mail:skkualadungun@hotmail.com

[laman utama][kata aluan Guru Besar][wawasan sekolah][misi sekolah][piagam sekolah]
[sejarah sekolah][lagu sekolah][senarai Guru Besar][kakitangan sekolah][takwin persekolahan]
[takwin sekolah][Kurikulum][Hal Ehwal Murid][Ko-kurikulum][PIBG][Album sekolah]

SEJARAH

Sekolah ini bermula pada 3 April 1948 apabila murid-murid perempuan diasingkan dari Sekolah Melayu Laki-Laki ke sebuah bangunan di Kampung Baharu Dungun dan memakai nama Sekolah Melayu Perempuan Dungun.

Pada permulaan sekolah dijalankan, keramaian murid hanya berjumlah 130 orang dan dipimpin oleh 3 orang guru Cik Salmah binti Ahmad ditugaskan menjawat Guru Besar.

Pada tahun 16 Mac 1951 pihak Pejabat Pelajaran Terengganu telah mengarahkan supaya murid-murid dan guru-guru berpindah semula Sekolah Melayu Laki-Laki Dungun kerana bangunan tersebut telah dibeli oleh Syarikat Lombong Bukit Besi untuk kegunaan pekerjanya. Pada akhir tahun 1951, bangunan baru telah dibina di kawasan seluas 4.1 ekar, terletak di antara Kampung Alor Jejawi dan Kampung Molek dan berhampiran dengan Jalan Nibong di Dungun. Bangunan tersebut merupakan bangunan 2 tingkat diperbuat daripada kayu berdinding asbestos, mempunyai 6 bilik darjah. Istiadat pembukaan rasmi sekolah ini telah dilakukan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Nasaruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 5 September 1951. Pad tahun itu juga sebuah bangunan kecil telah dibina untuk dijadikan bilik pelajaran urusan Rumahtangga dan sebuah bangunan kantin untuk sekolah ini.

Dalam tahun 1956, sebuah bangunan tambahan telah dibina dan mempunyai 3 bilik darjah. Pada tahun tersebut juga , jumlah pelajar seramai 634 orang manakala jumlah guru pula seramai 17 orang. Pada pertengahan tahun 1960, Cik Salmah binti Ahmad bertukar dan di ganti oleh Cik Hendon binti Abdullah(LM). 2 tahun kemudian ,  iaitu tahun 1962 jumlah pelajar telah meningkat seramai 879 orang danmeningkat ke angka seribu lebih dalam tahun berikutnya.

Pada tahun 1963, bangunan baru telah dibina dan dapat digunakan pada bulan April 1963. Bangunan tersebut mempunyai 3 bilik darjah.

Pada awal tahun 1963 sekolah ini telah menerima seorang kerani dan seorang tukang kebun sebagai kakitangan. Pada akhir bulan Mei 1963 bancian keramaian pelajar ialah 1004 orang  dan mempunyai  24 bilik darjah. Jumlah guru pula seramai 33 orang. Memandangkan jumlah pelajar yang terlalu ramai, sekolah ini telah menerima taraf sekolah 'Jenis Besar' dan terbesar di negeri Terengganu.

Pada tahun 1965, Sekolah Melayu Perempuan Dungun telah dipecahkan kepada 2 buah sekolah yang berasingan dengan memakai nama Sekolah Kebangsaan Dungun Perempuan 1 dan  2, Cik Adnan binti Sulong menjawat jawatan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dungun Perempuan 1 manakala Cik Rukiah binti Mohd sebagai Guru besar Sekolah Kebangsaan Dungun Perempuan 2.

Pada 1972, sekolah ini mempunyai 12 aliran drjah dab 444 orang pelajar dan guru pula seramai 15 orang.Pad tahun ini, Sekolah Kebangsaan perempuan 1 mula menerima guru-guru lelaki dan pelajar lelaki

Pada tahun 1973 hingga 1976 bilingan bilik drjah telah bertambah kepad 18 aliran dengan keramaian guru 48 orang dan murid 700 orang dan diadakan dalam 2 sesi iaitu pagi dan petang.

pada 1 Oktober 1976, Sekolah Kebangsaan dungun Perempuan 1 dan sekolah Kebangsaan Dungun Perempuan 2 dalah disatukan dan menjadi Sekolah Kebangsaan Dungun Perempuahn 1. Guru Besar pada masa itu ialah Puan Hendon bt. Abdullah dan digantikan oleh puan Zainun binti Muda. Pada 11 Ogos 1977, Puan Raja Zainab bt. Harun telah dilantik menjadi Guru Besar mengantikan Puan zainun bt. Muda.

pada 31 Jan 1978 bilangan kelas sebanyak 17 kelas dan jumlah murid seramai 646 orang. Pada 4 Julai 1978, majlis perasmian bangunan tambahan telah dilancarkan oleh DYMM Tengku Tan Sri Razaleigh hamzah, Menteri Kewangan Malaysia.

Pada 1 Julai 1983 Encik Mustaffa Muda telah dilantik sebagai Guru Besar mengantikan Puan Raja Zainab bt. Harun. bilangahn kelas pada masa itu ilah 12 kelas dengan keramaian murid 445 orang.

Pada tahun 1985 keramaian murid ialah  447 orang dan18 orang guru. bilangan bilik darjah yang telah digunakan ialah 22 bilik, 3 buah bilik darjah telah diluluskan menjadi Pusat Sumber Sekolah.Pada tahu 1986 Sekolah Kebangsaan Dungun Perempuan 1 telah dtukar nama menjadi Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun.

1 Oktober 1987, Puan Hjh. Kamariah bt. Yusof telah dilantik menjadi Guru Besar dengan bilangan kelas sebanyak 12 kelas dengan murid seramai 488 orang dan jumlah guru seramai 21 orang.

Pada tahun 1991, keramaian murid ialah 556 orang dengan guru seramai 26 orang. Pada tahu 1991, sekolah ini telah berjaya menjadi Johan Kebersihan Peringkat Daerah Dungun dan menjadi wakil Daerah dungun untuk ke peringkat negeri Terengganu dan mendapat tempat ke tujuh. Pada tahun 1992, keramaian murid ialh 608 orang dengan bilangan guru seramai 26 orang. Di   antara kejayaan sekolah bermula pada tahun 1968 hingga tahun 2001 ialah;
 
 

Tahun
Pertandingan
PKG
Daerah
Negeri
Kebangsaan
1968
Hoki
-
J
-
-
1969-
Bola Jaring -
J
- -
1993
Pusat sumber -
J
- -
- Kemahiran Hidup contoh -
J
- -
- Kebersihan -
NJ
- -
1994
Kebersihan -
J
- -
1995
Kebersihan - -
NJ
-
1996
Sekolah Harapan Negeri - -
NJ
-
1997
Anugerah Cemerlang UPSR -
/
- -
1998
Anugerah Cemerlang UPSR -
/
- -
1999
Pembarisan Hari Kebangsaan -
J
- -
Melukis Kempen Keselamatan jalan Raya - -
J
-
Gimrama - -
3
-
Anugerah Ujian Bertulis Kempen Keselamatan J/Raya - -
/
-
2000
Pembarisan Temasya Olahraga MSSD -
J
- -
Nasyid -
J
- -
Melukis Poster Seni Jauhi Dadah -
J
3
-
pusat sumber Sekolah
3
- - -
2001
Nasyid
J
J
- -
tilawah Al-Quran(L)
3
- - -
Bercerita Kisah nabi
NJ
- - -
Melukis Poster Seni Jauhi Dadah -
3
- -
Melukis Poster Karnival Sains dan Kerjaya -
3
- -
Public Speaking
J
- - -
Pidato
J
- - -
Hoki
J
- - --
Bola Sepak
J
NJ
- -
lontar Peluru -
J
- -
Takraw -
J
NJ
-
Wakil murid ke pertandingan takraw - - -
/
Wakil murid ke MSSM Hoki (P) - - -
/

[laman utama][kata aluan Guru Besar][wawasan sekolah][misi sekolah][piagam sekolah]
[sejarah sekolah][lagu sekolah][senarai Guru Besar][kakitangan sekolah][takwin persekolahan]
[takwin sekolah][Kurikulum][Hal Ehwal Murid][Ko-kurikulum][PIBG][Album sekolah]